Want your
own Fotopage?









 
Ajam's FotoPage

By: mohd zamri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Jun-2009 10:20 Email | Share | | Bookmark
TRIP KE PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU 26,27 & 28 JUNE 2009

Dengan setibanya di pulau tu nanti, maka habislah seluruh pulau2 yang ada kat Terengganu aku redah, termasuklah Pulau Wan Man..

Ketika itu juga aku akan menguji kemampuan CPL yang baru dibeli tapi cap ayam jer yang berharga RM50.



Antara yang turut serta, ada lagi yang lain yang telah ketingalan bot.


Melompat kegembiraan setelah kepenatan & mabuk laut


Lerrrr.. macam tak penah pegi pulau....


Dengan mengunakan CPL filter, langit terserlah kebiruannya..








Dengan mengunakan CPL filter juga, image dalam air akan kelihatan.




Anak Nemo yang ditangkap semasa snorkelling untuk tontonan seketika & dilepaskan semula ke habitatnya.






Jeti Merang


Macamana ler dia ikat durian tu yer...





promosi ckit... Wed 17-Jun-2009 07:28
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 28-May-2009 04:49 Email | Share | | Bookmark
Kena Jadi Official Wedding Photographer

Hujung minggu depan cuti sekolah dah bermula, maka banyaklah majlis2 kahwin
Aku dikehendaki mengambil satu majlis kahwin, kira aku oficial photograferlah time tu.
Entah macamanalah yer...tak reti aku nak amik gambar kawin...belasah jerrrrr
Terus terang aku tak suka amik gambar orang kawin atau pun model
Korang tengok jer lah nanti gambarnyer yer..
Official kat rumah pengantin lelaki jer..Sebabnya...adik ipar kawin daa....

Pengantin lelaki: Saiful Amri Mustafa
Pengantin perempuan: Nur Izzati Aznan


New update 12/6/09
KG. BANGGOL, KOTA BAHRU 5hb JUN 2009 (Rumah pengantin perempuan)


Dinikah oleh bapa pengantin perempuan. Pengantin memang cool jer..



Entah berapa dulang aku pun tak perasan.



Antara tetamu yang dah mula tiba.



Kalau di KL pengantin berarak jalan macam pengantin, tapi masa tu aku tengok laju jer.
Memang style area pantai timur camtu yer? Silap2 photographer boleh kene langgar.



Ni time menyarung cincin.



Di rumah pengantin perempuan aku photografer yang menyelit jer. Celah2 tangan lagi tu...




Semua posing2 dirumah pengantin perempuan diarah oleh photographernya.


FELDA CHALUK BARAT, SETIU 7hb JUN 2009 (Rumah pengantin lelaki)


Pagi tu tetamu nak datang, pagi tu masak lauk, pagi tu potong daging & pagi tu tu jugak daging lembu sampai. Huhh...cepat betul keje diorang. Gambar diambil pukul 8.47am!



Ni bukan berlakun haa...ni memang betul2 candid. Wedding photographer memang kene cargas.



Pakaian pengantin yang merah menyala menambahkan lagi suasana panas.



Semasa berarak kerumah pengantin masih sempat bersalam-salaman dengan tetamu.




Aku memang tak reti nak suruh posing2 ni, ada antaranya aku suruh pengantin posing ikut suka diorang..Huahaha..Apa laaa...



Ishhh..budak ni..nak basuh cawan ker basuh kaki?



Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga air minuman.



Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga lauk-pauk.
Bukan acara tarik tali haa..


To pengantin: Selamat pengantin baru, semoga kekal selama. Sorry jika ada apa2 yang
kurang memuaskan. Outdoor shoot pun tak dapat nak buat sebab haritu tu cuaca panas photographer terus mamai. .Ni lah antara sebab utama kenapa AKU TAK BOLEH JADI WEDDING PHOTOGRAPHER. .. CUKUPLAH SEKADAR HOBI SAHAJA..


*G.R.E.A.T W.O.R.K*
Bukan nak kata lah abg Ajam....tp gambor yang di amik mampu berbicara...walau tanpa madah N tanpa suara. Ibarat Da Vinci yang ilhamkan La Gioconda...hingga kini La Gioconda ditafsir sejuta makna....

Great Photos...ada nilai estetika....especially gambor pengantin perempuan yang di shoot dicelah tangan photographer lain tu hehehe...Nice shoot wooo...mcm goal shoot Roberto Carlos ajer

Org kata mula langkah pertama...pasti ada langkah kedua....teori dah ada...praktikalnya pun udah...then....pasti akan ada undangan kedua....ketiga..( Mok U ngan Fahmi belum kawin daa....) then seterusnya diikuti oleh undangan anak-anak sedara yang jua bakal jadi pengantin....never ending story hehehe..

Mon 15-Jun-2009 19:39
Posted by:NINERS W2ZAZ 9w2zaz@gmail.com
haaaaa...saper kata bro Ajam tak pandai amik gambar...nie kan dah terbukti gambar semua cantik cantik malah lebih cantik dari gambar gambar yg saya shoot..almaklumlaaa Otai...hehehehehehe jgn mare....kalau do komersialkan mesti menarik nie...bila lagi nak cari duit lebih.....bravolaaa.... Fri 19-Jun-2009 09:04
Posted by:wannsscfs  - [Link]
tolong ajar sket mcm mana nak dapatkan suasana langit kebiru biruan.....selalu try tak dapatlaaa....hehehehehe saya budak baru belajar jgn mareee haaaa...... Thu 2-Jul-2009 08:26
Posted by:wannsscfs  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 4-May-2009 06:47 Email | Share | | Bookmark
Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009

1 Mei memandangkan hari cuti, time petang aku pun ke Buki Jugra dari Bagan Lalang.
Tak ler jauh sangat, dalam setengah jam jer.
Petang tu adalah hari perasmian untuk pertadingan ni, oleh itu tiada gambar paragliding, yang ni paramotor.


Lokasi rumah api yang terletak di puncak Bukit Jugra ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk sukan udara ini. Angin dari Laut Selat Melaka, bukit yang cukup tinggi dan pemandangan yang cantik mungkin faktor utama mengala tempat ini dipilih.


Paramotor lebih merempit dari paragliding


Bebetul kat atas kepala aku, nak terkehel leher aku


Macam gayat jer..


Antara photog yang menembak.


Kapal ni tak dapat diterbangkan memandangkan angin pada masa tu agak kuat


Ni bukan terhempas, tapi helikopter kawalan jauh memang boleh buat macam ni.


Kapal terbang kawalan jauh juga ada sebagai pertunjukkan sampingan.




Care to comment?


Monday, 12-Jan-2009 10:20 Email | Share | | Bookmark
Wedding Photo Shoot Bersama Krull Di Pantai Bagan Lalang 10/1/09

Seperti biasa, aku suka menyelit2 disebelah official photographer, kali ini bersama Krull yang mendapat job untuk photo wedding di Kg Ulu Chuchoh, Sungai Pelek, Sepang.
Kira pelik jugak la sebab tak sangka lokasi job dia kali ini adalah tempat aku selalu lepak ketika time2 boring kat rumah.
Memandangkan aku dah biasa sangat dengan tempat ni, aku pun tolong memberi info pasal lokasi serta sedikit bantuan bagi memudahkan Krull menjalankan jobnya.

Gambar hasil dari bukan wedding photografer..belasah jer ler..
















Disebalik tabir








Kepada pasangan pengantin: Selamat Pengantin Baru, semoga kekal selamanya.

Kepada Krull & Wati: Terima kasih sebab belanja melantak seafood malam tu.

Moral of the story: Peliharalah pokok-pokok bakau demi alam sekitar.




bila nak update ni.... Thu 19-Feb-2009 09:43
Posted by:Littlestars Studio littlestars_studio@yahoo.com  - [Link]
Salam sahabatku
Dah lama kita tak mengopi / mengeteh
Bulan mac ni kalau hujung minggu ada wedding job
Kalau di hari2 biasa boleh je kita jumpa.
Takpun april nanti, abg free. DOD ( http://dilabangi.fotopages.com/ ) plan nak buat outing ke zoo atau taman burung / taman rama2. Masih dalam planning. Jom arr join
Wed 18-Mar-2009 17:14
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
bila nak update ni??? Tue 7-Apr-2009 17:45
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Thursday, 8-Jan-2009 13:00 Email | Share | | Bookmark
Apa itu GPS? Apa pulak kena-mengena GPS dengan fotografi?

GPS adalah satu alat yang boleh mengukur kedudukan lokasi dengan berpandukan beberapa satelit.
Setiap lokasi di muka bumi ini mempunyai angka kordinatnya sendiri.
Contohnya: N 03 09.614' E 101 37.451' (lokasi tempat kadang2 saya melepak sampai tengah malam)


Dengan bantuan alat GPS pada PDA ini, perjalanan menjadi mudah, cepat dan tak tersesat.
Ia bukan sahaja memberi tunjuk arah jalan malahan mampu memberi arahan
bersuara.

Beberapa model kamera yang terkini mempunyai alat penerima GPS yang
terbina di dalam.
Data di dalam setiap gambar mempunyai maklumat angka kordinat
yang memberitahu lokasi di mana sesebuah gambar itu diambil.



jgn lama2 daa....ni tengah nganga molot ni naktahu sgt kaitan GPS ni ngan fotografi Fri 9-Jan-2009 01:17
Posted by:zainzubir  - [Link]
Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 15:31 Email | Share | | Bookmark
ANAKKU

Nur Adibah Marissa kini berusia 4 bulan



Dah nampak tanda2 minat kamera, seperti kakak2nya jugak.



Jelingan



Belajar pegang botol susu dari usia 3 bulan



Kehalusan kulit bayi



Dimatanya ada aku

AMARAN: Jangan sesekali buat direct flash pada bayi dan kanak-kanak kecuali pada jarak yang sesuai!


cute nye dia...... tahniah

singgah le ke blog saya lak
Tue 30-Dec-2008 10:08
Posted by:shahrulmedia.blogspot.com shahrul_trans8123@yahoo.com
dah lama tak update ni bang. bizi ke. hepi new year btw. Wed 7-Jan-2009 03:44
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
gambar mata yang cun...siap 2 dalam satu....cuba tegok betul2.... Fri 16-Jan-2009 08:52
Posted by:shayfinaz kamis pnaz_knk@yahoo.com.my
View all 12 comments Add comment


Friday, 7-Nov-2008 09:57 Email | Share | | Bookmark
Dikala Mengejar Sunset







Agak pelik jugak kalau FP ni tak menceritakan mengenai apa yang digambarkan.
Sebenarnya lokasi ni di pantai Bagan Lalang diwaktu matahari terbenam.
Tuan empunya diri ni adalah Rozman & family, datang ke rumah saya yang tak jauh dari lokasi.
Time tu memang tak terkejar matahari, cepat betul matahari terbenam.
Matahari nampak seolah2 mencecah air hanya bebarapa saat sahaja.

Cantiknya bergambar dengan berlatar-belakangkan sunset.
Kat bagan lalang ke ni?
Wed 19-Nov-2008 07:14
Posted by:m:e:o:r:j:a:y  - [Link]
terkejarkah sunset itu..hehe.
a ah, kat bagan lalang ke bro.
Fri 21-Nov-2008 19:32
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
pantai mana tu?


http://syakirzainol.fotopages.com
http://idida.fotopages.com
Sun 23-Nov-2008 05:43
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 20-Oct-2008 04:20 Email | Share | | Bookmark
PotLuck Raya Pencala FP pada 17hb Oktober 2008


Antara tetamu yang memenuhi khemah tempat makan, nampak macam kenduri la pulak.




Macam2 jenis makanan yang dibawa, sampai tak tahu nak makan mana satu.




Ecah & Faiz adalah fotografer yang paling terawal mengikuti aktiviti kami.




Rodzman & family, kebetulan datang ke Sg.Pencala pada malam tu,
tak tahu menahu pasal potluck yang diadakan ni. "Happening" katanya.




Fotografer2 mengambil tempat nak dengar caramah dari sifu Zahrul.




Abang Jana bertanyakan soalan kepada ahli panel, manakala yang lain
mendengar dengan penuh kusyuk.




Sesi fotografi bermula. Kilat pun mula sabung-menyabung hingga lighting system overheating.




Tuah tanah(rumah) yang telah bersusah payah menjayakan majlis.




Team Ketupat Bawang yang turut memeriahkan majlis dan penyumbang utama makanan.




Yang ni macam malam majlis berinai la pulak.




Fendi atau lebih dikenali sebagai "Atok" adalah seorang bekas fotografer
yang begitu dikenali di Sg. Pencala sedikit masa dahulu.
Duduk dibarisan hadapan sekali ketika mendengar "talk" mengenai kerjaya fotografi dari
Zahrul, membuktikan minat masih mendalam dalam bidang fotografi.
Harap2 beliau dapat menyambung semula bidang yang telah ditinggalkan
ini.




Mereka masih mahu datang jugak walaupun telah lewat malam.




Sesi fotografi sebelum meninggalkan majlis. Ada lagi diluar yang segan nak bergambar.




Seorang lagi warga Pencala Fotopages, Farid ada urusan penting turut membantu sebelum itu.


Mana yang takde kat sini sorry lah yer..ramai sangat..

Lain2 gambar ada pada link2 di http://pencala.fotopages.com









Heheheee... memang meriah... saya yang tak berapa berkaitan ni pun terjebak... asal nya nak beraya rumah ajam... skali tengok beraya kat komittee laaa... apa-apa pun memang best... Insya Allah, kalau ada kamera besau nanti, saya nak join aktiviti kelab... skrg ada kamera tepon jer.... heheheee Thu 23-Oct-2008 11:18
Posted by:Rodzman 'N' Famili myputeri.ashiqin@gmail.com
warghhh..
Cd jd pembantu tukang masak...

krul kata pembantu umah...
Fri 24-Oct-2008 02:07
Posted by:CD^ K a K i F o T 0  - [Link]
bila la nak upload ni...
kena tinggal tuan umah ker?
Wed 5-Nov-2008 08:02
Posted by:CD^K a K i F o T 0  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 6-Oct-2008 10:25 Email | Share | | Bookmark
1st Time Raya Di Kampung Orang

Kalau tahun lepas gambar2 yang diupload menunjukkan kemeriahan Hari
Raya di sini tapi kali ni untuk tatapang keluarga dan sedara mara di Terengganu pulok.



Rumah di kampung. Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.




Walaupung bunga api dibenarkan tapi masih perlu awasi kerana ia masih merbahaya bagi kanak2.. .





Sebahagian dari ahli keluarga pada pagi raya.



Melihatkan ketupat ni teringat ketupat yang dianyam abah kat KL..



Keluarga Kak Long. Anak2 dah sama tinggi macam mak..



Kak Da ngan anaknya Akila.



Tok Ayah sedang menghulurkan duit raya kepada budak2 yang datang.



Time Hari Raya ni budak2lah yang paling seronok sebab dapat duit raya tapi anak2
kita perlu dinasihatkan jangan sampai meminta2...




Testing..testing...
Mengedit macam ni mencantikkan ker atau merosakkan gambar ni..


Kepada adik beradik yang lain sorry sebab tak sempat nak amik gambar.
Raya tahun depang kumpulkan lah semua adik beradik boleh amik gambar ramai2.


Sampai di KL jer terus terlentok 2 hari akibat kepenatan. Takde gambar2 raya yang di shoot pun.



PotLuck Raya Bersama Pencala Fotopages

Kami akan mengadakan Potluck Raya di perkarangan rumah Krull pada 17/10/08 (Jumaat).
Waktunya adalah dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah malam.

Bagi memeriahkan lagi majlis ini, semua yang hadir dikehendaki memakai baju melayu/baju kurung.

Keterangan lanjut sila ke http://pencala.fotopages.com


Seronok tu raya kat kampung orang, Asyik raya kat kampung kita je. Kita kena create lah apa yang boleh menyeronokan kita dan semua orang.
Anak-anak dah besar macam emaknya tu menunjukan kita semakin tu..... berpengalaman.
Gambar yang di edit tu hebat tapi kalau tang muka tu kalau boleh control (jangan di hitamkan bukan gelap) lagi hebat.
Saya suka gambar yang keempat tu nampak bezanya baju warna merah dengan yang lain.

Selamat Hari Raya bro.
26/10/2008 (Ahad) dari jam 1tgh hingga 6ptg
Kita Raya Kat Masjid Baru Masjid Al-Hidayah kampung Sungai Penchala.
Yang datang untuk Podluck juga dijemput hadir dan tidak ketinggal juga teman-teman kita di FP ni yang tidak keberatan untuk datang.


Wed 15-Oct-2008 04:24
Posted by:janafiq  - [Link]
salam ukhuwah eimanphotomedia NORTHERN WEDDING PHOTOGRAPHER Fri 17-Oct-2008 01:42
Posted by:eiman aliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
bila nak update ni....
kami dah update...
Sun 19-Oct-2008 04:58
Posted by:littlestars eayda_little_stars@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Thursday, 25-Sep-2008 16:50 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri Kepada Semua Pelawat


Ni kad raya ntah apa design. Sememangnya tak pandai bab edit mengedit ni.
Gambar family takde sebab sepanjang bulan puasa anak2 & isteri kat kg kat Terengganu.

F.I.Y, saya akan bertolak ke Terengganu pada hari Sabtu (27hb 9) dan
balik semula ke KL pada Hari Raya ke dua (2hb 10)

Sempena hari yang mulia ni saya serta keluarga ingin memohon ampun dan maaf
andai kata ada kesalahan atau keterlanjuran kata tanpa disedari.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin

salamz ...
saya ingin mengucapkan salam aidilfitri ...
hope eppy² dgn family tercinta

FarEast & family
Mon 29-Sep-2008 11:59
Posted by:FarEast  - [Link]
salam...
slamat hari raya
Tue 30-Sep-2008 16:28
Posted by:dina nida  - [Link]
wah chantekkks masjid tewww.. me hingat nak gi sanerlarrr.. Thu 2-Oct-2008 10:53
Posted by:en_me yginsaf@lycos.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.